Thursday, May 7, 2009

Aku keletihan...

Mungkin tak sepatutnya aku memberi excuse aku keletihan, kerana aku org yg paling benci kepada excuses, dalih, what more if its a lame excuse.
Tapi hakikatnya memang aku keletihan, mungkin cara hidupku atau keadaan hidupku kini yang tak menentu...mungkin.
Apapun, seminggu berlalu tanpa secebis coretan dalam blog ini membuatkan aku berasa bersalah. Kenapa aku tidak menggagahi kelemahanku itu?
Itu bukan aku.
Aku seorang insan yg suka melawan kelemahanku sendiri.
Aku tidak suka kepada kelemahan.
Allah suka kepada hamba2Nya yang kuat. Bukan yg lemah!
Ya Allah, berilah aku kekuatan!
Yes, I really need it!
I'm the family breadwinner.
I'm the leader for my family.
I can be so weak!
Wake up Khalid!

Yes, I've wanted to write soon after coming back from my HPA PIC seminar last weekend. But my 'weak & lowly' emotional, spiritual & physical strength dampened my wanting to write... (excuse lagi...!)
Actually what happened last weekend was God's beautiful plan.
It was very beautifully planned and executed.
Itulah Allah, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.
Inilah hambamu yg teramat jahil dan lemah.
Itulah Allah Rabbul Jalil!
Ya Allah... Ampunkanlah dosa2 ku, dosa ibubapaku, dosa2 isteriku, anak2ku...moga Dia ampunkan dan beri petunjuk kepada kami semua, amin.
Sepatutnya...
Sepatutnya aku dan isteri kena hadir sesi PIC hari kedua(Ahad) pada pagi itu.
Sebab itu aku suruh anakku Yan membeli tiket bas balik sendiri ke Klang, sebab dia kena report ke hostel sebelum 6.30 ptg ahad.
Namun, pagi ahad tu, ketika mandi, aku masih terfikir2 apakah aku yakin dengan keselamatan Yan balik seorang diri dengan bas ke Klang, sebab dia kena ambil bas/teksi lagi ke rumah/hostelnya itu.
Aku bimbang, kerana aku kenal anakku itu.
Agak lemah, manja...sementara di Klang itu dipenuhi oleh orang2 'gelap' yg rakus, gensters dan seumpamanya.
Habis mandi, aku keluar, bgtau isteri tercintaku, jom...kita ponteng kelas.
Kita ambil Yan dan Saif & Hannah dari rumah paksu Amin.
Kita balik bersama.
Isteriku yg solehah itu tertanya2, masih terpinga2...tapi itulah dia.
Dia yakin kepadaku, kepada cetusan hati kecilku.
Sekalipun kami amat sayang untuk ponteng kelas Tn Hj. Ismail, bos paling tinggi HPA, namun itulah naluri isi hati kami ketika itu. entahlah...
Kami berdua terus check-out.
Terus ke Alor Setar.
Sampai di Alor Setar, rumah paksu Amin, hujan tiba2 turun dgn lebatnya.
anak2 menanti ketibaan kami, Hannah yg paling gembira. Dialah segalanya, anak bongsu katakan...manja..terlebih manja.
Sekejap kami di sana, lalu kami beredar.
Dari AS kereta merc kami melunsur laju ke SP. Sebabnya nak makan nasi ayam. Radix Chicken Rice. Satu lagi restoran terbaru dari HPA.
Sampai di sana semua kami order nasi ayam. Semua nampak kelaparan.
Dalam 15minit, sampailah nasi ayam...Radix chicken rice...best gak!
Yg penting, halal 100%... itu yg membezakannya dengan lain2 nasi ayam.
Kami makan penuh yakin, puas hati kami.
Di situ ada juga barang2 HPA...stokis HPA rupanya.
Lantas kami pun beli sedikit barang2 HPA...tapi servisnya lambat!
Aku jadi agak marah, kenapa lambat.
Aku masuk kereta, pusing2 seorang diri...
2 kali pusing di kawasan tu, ada Kolej Universiti Insaniah...
Ada Kolej Komuniti....bagus jugak kawasan ni, ada 2 IPTA...
Alamak, masih lagi belum siap diaorg tu, lambat sangat!
Akhirnya mereka datang...aku agak naik angin, lambat sangat.
Terus kami bergerak keluar ke highway PLUS. Dah hampir jam 2.00 ptg.
Mana sempat nak sampai before 6.30 pm.
Merc kami melunsur laju...
Tiba2 traffic jam!
Alamak...lagi naik angin aku!
Ada kemalangan ke?
Aku keluarkan handphone ku, ambil video...ape sebab traffic is crawling...
Sampai jer tempat kejadian, ternampak sebuah MPV yg accident...dan ada makcik berdiri dibawah payung...
Tiba2 kak Yan bersuara, menjerit manja "Eh, cik moh!"
Aku terkejut!
Ummi pun terkejut!
Ye ke?
Rupanya Saif pun ambil video jugak, dizoomkan muka makcik yg berdiri tu...
Yup, ada rupa cik moh.
Terus aku tengok side mirror, terus pusing ketepi, berhenti di tepi jalan.
Reverse slowly...sbb banyak kereta, highway katakan...
Then suruh Saif keluar, pergi cek dulu, betul ke cik moh...
Sampai tempat kejadian, Saif angguk kepala. Sah, itu cik moh. Kakak Ummi. Mak sdra anak2ku!
Ya Allah! Subhanallah! Betul ke ni?
Ummi keluar, pergi ketempat kejadian.
Mereka adik beradik berpelukan!
Menangis teresak-esak!
Bersyukur sangat agaknya...
Tanpa berlengah lagi, kami terus punggah barang2nya.
Masuk ke kereta kami.
Nasib baik accident tu not so bad...hanya kereta yg rosak.
Katanya tayar tiba2 punctured, spinning on the highway...
Nasib baik takde kenderaan berat dari belakang, kalau tidak mungkin jauh lebih teruk.
Kami tinggalkan Saif bersama mereka, kak Ja dan suaminya. Sebab tak cukup tempat dalam kereta.
Kami bawa balik Cik Moh, bibik dan 2 org anak2 mereka.
Penuh kereta kami, sarat sesaratnya.
Apakan daya, itulah yg patut kami buat.
Tolong semampu mungkin.
Nasib baik anak kami si Saif tu baik orangnya. Alhamdulillah.
Sanggup berkorban untuk tolong orang.
Itulah yang aku katakan perancangan Allah.
Tiada siapa yg tahu, kecuali Dia.
Subhanallah.
Maha Suci Allah.
Maha Mengetahui Segalanya!
Allahu Akbar
Walillahilhamd!

Monday, April 27, 2009

Di Manakah Ibubapa Mereka???

Persoalan ini selalu sangat bermain di fikiranku, setiap kali aku melihat gelagat dan perangai anak-anak muda kita sekarang ini. Namun, aku tak pernah sempat untuk menulis dan mewar-warkan kata-kata itu kepada umum, agar ada insan yang akan terfikir sama sepertimana kebimbangan aku terhadap masa depan generasi anak Malaysia.

Setiap hari kita dihidangkan oleh media massa, tentang peristiwa rogol, liwat, bunuh, sumbang mahram, mat rempit dan seumpamanya. Biasanya amat menjijikkan, dan menyedihkan.

Namun, perkara begitu terus berlaku, dan berlaku dengan lebih kerap dan dalam kuantiti yang sentiasa bertambah. Bila kejadian rogol dan bunuh, atau kehilangan anak kecil, barulah rata-rata pemimpin bercakap, dan berjanji macam-macam, termasuklah IGP dan Menteri Dalam Negeri. Tapi seperti biasa ianya hanyalah hangat-hangat tahi ayam, atau dalam bahasa Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ianya macam air gas CocaCola. Sekejap sangat gelodak kemarahan dan semangatnya, hanya beberapa saat sahaja. Lepas itu, reda dan padamlah api kemarahan itu, seolah-olah tidak ada apa yang terjadi.

Perbahasan terus wujud di kedai-kedai kopi, di surau-surau, siapakah yang patut dipersalahkan. Jari dituding ke merata arah, kepada pak menteri, wakil-wakil rakyat, polis, masyarakat dan ada yang menyalahi media massa sepenuhnya.

Ya, mungkin mereka di atas ada sahamnya masing-masing dalam percernaan dan pewarnaan corak akhlak anak-anak muda kita. Pastinya ada, sekalipun hanya tempias semata-mata.

Namun, jari telunjukku lebih pantas menunjuk ke arah para IBUBAPA.

Ya, sebagai bapa kepada 11 orang anak, aku amat pasti bahawa IBUBAPA anak-anak itulah yang bertanggungjawab mewarnai akhlak anak-anak itu. Bertepatan sekali dengan maksud hadis Rasulullah s.a.w. bahawa anak-anak dilahirkan dalam keadaan suci, macam kain putih. Ibubapalah yang mencorak, mewarnai akhlak anak-anak tersebut.

Di tempat aku, iaitu di Saujana Utama Sg. Buloh, yang diberi gelaran Bandar Damai dan Indah, ianya serupa. Anak-anak muda, kebanyakannya masih bersekolah, sentiasa melepak di sana-sini, bergaul lelaki perempuan, bergurau senda tanpa segan dan malu, bermotoran, berkeliaran, tak hiraukan waktu maghrib atau malam. Itu sesuatu yang sangat lumrah. Aku sentiasa kehairanan, sentiasa bertanya; Di Manakah Ibubapa Mereka? atau Mereka-mereka ini dilahirkan, dibesarkan TANPA ibubapa???

Antara anak-anak muda itu aku kenal sangat. Anak kawan-kawan atau kenalanku di SU. Ada anak orang kuat PAS, ada anak Ustaz, ada anak orang kuat UMNO. Mereka adalah anak-anak kawan-kawanku..!!!
Apakah pendokong perjuangan Islam sudah lupa tanggungjawab terhadap anak-anak?
Atau mereka sudah tiada masa untuk anak-anak? Atau mereka mempunyai cara yang liberal terhadap pertumbuhan anak-anak mereka?
Aku masih tak faham.
Aku masih gagal mencari jawapannya...
Yang pasti, Allah tidak akan bertanya samaada anak-anak itu anak orang PAS atau UMNO atau PKR. Semua anak-anak itu adalah anak-anak kita!!!
Masa depan generasi anak Malaysia adalah bergantung kepada anak-anak itu!
Janganlah hendaknya para ibubapa terlalu sibuk bekerja, atau berpolitik, atau berceramah kesana kemari hingga tiada masa untuk mentarbiyyahkan atau mencorakkan akhlak anak masing-masing?
Tiada gunanya kita para ibu dan bapa pandai, ada ijazah, ada wang, ada kuasa...tapi anak-anak kelak akan hidup merempat, meminta sedekah kepada anak-anak Cina atau India yang jauh lebih berdisiplin dan rajin.
Tiada gunanya!
Wahai ibubapa muslim mukmin sekelian!
Bukalah mata, bukalah hati kita masing-masing!
Lihatlah, dimana anak-anak kita?
Siapa kawan-kawan mereka?
Apa yang mereka lakukan, terutama dibelakang kita?
Adakah mereka tahu membaca Al-Quran dengan betul?
Adakah mereka tahu bersolat dengan betul?
Adakah mereka menjaga solat mereka?
Atau
Ibubapa sendiri yang tak tahu mengaji dan tak menjaga solat?
Malulah pada anak-anak, malulah pada Yang Maha Pencipta!
Namun,
Masanya belum begitu terlambat!
Ayuh!
Sama-samalah kita insaf, bertaubat, dan menukar cara hidup kita,
semoga
Anak-anak akan mengikut jejak langkah kita menuju Cahaya Keinsafan,
dan Cahaya Kebenaran.
Syurga bukan mudah diperolehi, dan bukan juga susah untuk mendekatinya.
Teruskan mujahadah, teruskan berdoa kepada Yang Maha Kuasa,
pastinya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Pengasih dan Maha Penyayang!

Sunday, April 26, 2009

Exx, you are fired!

This morning, when I woke up for Fajr prayer, I was disturbed by an incoming sms from my staff. She 'informed' me that she is on leave, ada kat kampung, ada masalah family.

What a terrible sms!

She was not asking my permission to take leave. Instead she just informed me. Who am I? Her staff or peer? For God sake, I am her bos, her majikan!

So, what was my reply?

Exx, you are fired!

(Ini macam dalam program Donald Trump jer..hehehe)

Well, what to do?
That is the best thing for me to do, to teach her a lesson. A terrible lesson!
Actually I really hate it. I really hate what I've done to her.
But, I am just a human. And I am just being humane too.

Previously for the past one month, since she joined my company, I have given her a few emergency leaves, out of compassion. Very flexible...
Mostly due to her fiancee, engagement matters.
I have given due tolerance, although she has just joined the company.

As far as I could remember, most companies wont allow a new staff to go on leave during probation or within the first 3 months.
So, considering she is planning to get married this year, I gave her quite a large area of negotiation and compassion.

But as I said, I am just a human.
I don't always have such a beautiful, softy heart all the time.
I am a very tolerant person, very flexible and negotiable, as far as worldly matters are concerned. But as I said, there is always a limit to any tolerance.
This morning was the limit. It was a very hard decision for me. A terrible one of course.

Business have to go on, with or without her.
So far her performance has not been to my expectation.
A slow performer. Yet I have tried to go along with her slowness, reminding her of her slow speed and the need to buck up.
Now, it seems that she just took it for granted. She just took my soft reminder for granted... Not knowing that I have a tiger within, waiting for the right time to kill, if necessary.

You have indeed spoilt my day!!!


What lesson(s) could we learn?

You guys could be the judges...

Cheers!

Bermula dengan kalimah Bismillah...

Bismillaahirrahmaanirrahiim...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Sesungguhnya hari ini, 26hb. April 2009 bersamaan 30hb Rabiul Akhir 1430H bermulalah blog baruku yang kunamakan ia Jalan Menuju Aman Abadi...

Moga hari-hari mendatang akan ku penuhi dan hiasi dengan amal bakti yang akan membawaku ke dunia yang kekal abadi, kekal dalam Syurga yang dijanjikan oleh Penciptanya buat hamba2Nya yang terpilih.

Aku doakan, dan akan terus mendoakan, berusaha bersungguh-sungguh agar aku terpilih untuk mendiami SyurgaNya.
Sekalipun aku sedar bahawa untuk terpilih bukanlah suatu yang mudah, dan hanya sedikit sekali dari ribuan jutaan makhlukNya yang bernama manusia dan jin.

Ya Allah...jadikanlah aku sebahagian dari hamba-hambaMu yang terpilih untuk mendiami SyurgaMu... Amin... Ya Rabbal 'Aalamin.

Sesungguhnya akan ku jadikan blog ini sebagai alat untuk berdakwah kepada diriku serta para pembaca yang sudi membacanya, moga Allah memberikan kekuatan jasmani dan rohani kepada kita untuk terus berjuang menegakkan kalimahNya di atas muka bumiNya ini.

Sesungguhnya ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Cuba kita renungkan erti ayat-ayat Allah seperti yang diungkapkan dalam surah At-Taubah: 42.
Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu. Tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka, mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah, “Jika kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu.” Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.


Benar, perjalanan dakwah ini dipenuhi cobaan dan dugaan. Perjuangan para Rasul telah memaparkan kita betapa ianya bukan kerja main-main, bukan untuk kebanyakan manusia. Ianya adalah buat insan-insan pilihan Allah, insan-insan yang ingin berbakti dan sanggup menggadaikan jiwaraga mereka demi mencari keredaan Penciptanya.

Sesungghunya aku hanyalah insan yang terlalu kerdil...

Di atas kekerdilan itulah aku memohon restu dan pertolonganMu Ya Allah, pimpinlah aku yang kerdil dan lemah ini untuk sama-sama berjuang menegakkan kalimahMu yang maha suci itu, bersama-sama para mujahidin, dimana saja mereka berada.

Kepada rakan-rakan bloggers, para pembaca yang dihormati sekelian, berilah pandangan dan tunjuk-ajar kepada saya yang baru bertatih dalam dunia siber ini. Pandangan, kritikan dan segala tunjuk-ajar kalian akan ku hargai dan moga Allah membalasnya dengan balasan yang jauh lebih baik untuk kita semua.

Sepertimana maksud kata-kata Al-Imam Hassan Al-Banna;
"Sesungguhnya kerja-kerja kita yang ada/belum terlaksana adalah lebih banyak dari waktu yang kita ada"

Maksudnya, kita tidak punya waktu untuk bermain-main, bersandiwara dengan perkara-perkara yang lagha, masa begitu mencemburui kita. Oleh itu, akan ku cuba coretkan apa-apa yang boleh mendatangkan manafaat dan kebaikan kepada ummat Muhammad s.a.w. dengan harapan agar ianya dapat dijelmakan sebagai saham akhiratku nanti..bi iznillah.

Moga percubaan dan penglibatan lewatku dalam dunia blogging ini belum lagi terlalu terlewat, sekalipun sudah ribuan blog2 yang sebegini mewarnai dunia siber dan blogging tanah air.

Selamat Membaca.. :)